𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀 – Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Kedah dijadualkan berangkat bagi meninjau Program Latihan Pasukan Olahraga Negeri Kedah Darul Aman di Trek dan Balapan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA), petang ini. Keberangkatan promonen diraja yang dijadualkan pada jam 5.00 petang itu bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat persiapan serta memberikan sokongan moral kepada para atlet negeri yang sedang giat menjalani latihan intensif.

Sesi lawatan rasmi ini diadakan sebagai persediaan rapi kontinjen olahraga Kedah menjelang Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang bakal berlangsung pada bulan Ogos nanti. Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran turut menjemput barisan kenamaan termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu untuk bersama-sama hadir menyaksikan program tersebut sekali gus menyemarakkan lagi semangat perjuangan barisan atlet olahraga negeri.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content