𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan kerjasama Pejabat Veterinar Daerah Kubang Pasu telah mengadakan satu lawatan turun padang bersepadu bagi memeriksa Ladang ayam di Murti’s Poultry Farm, Jalan Kelubi Dalam, di sini hari ini. Lawatan yang bermula sekitar jam 9.30 pagi itu diadakan berikutan aduan orang awam mengenai masalah kacau ganggu lalat didakwa berpunca daripada aktiviti penternakan ayam di kawasan berkenaan. Isu tersebut telah menjejaskan keselesaan dan kualiti hidup penduduk di kawasan sekitar, terutamanya komuniti yang tinggal di Taman Pulasan dan Taman Belimbing.

Turut hadir bagi memantau situasi tersebut adalah Ahli Majlis MPKP yang bersama-sama meninjau tahap kebersihan serta sistem pengurusan sisa di ladang ternakan berkenaan. Pemeriksaan bersama ini bertujuan untuk menilai pelanggaran syarat operasi dan menggariskan tindakan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan serta langkah penyelesaian segera bagi kacauganggu lalat ini.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi piawaian pengurusan ladang perternakan yang baik demi memastikan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content