𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀 – Satu Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Wabak Demam Denggi telah dilaksanakan di sekitar kawasan Kompleks Pekan Jitra 1 . Langkah drastik ini diambil berikutan berlakunya peningkatan kes wabak demam denggi yang ketara di kawasan sekitar kompleks perniagaan berkenaan sejak kebelakangan ini. Tindakan penguatkuasaan ini bertujuan untuk mengesan serta memusnahkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes demi keselamatan komuniti setempat.

Operasi bersepadu ini telah dijayakan melalui kolaborasi erat melibatkan beberapa agensi penting, iaitu Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, serta Pejabat Daerah Kubang Pasu. Kehadiran pelbagai agensi ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dilakukan, termasuk pemantauan ruang udara menggunakan teknologi dron bagi mengesan takungan air di struktur bangunan yang tinggi dan sukar diakses dari bawah.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa turut melakukan pemeriksaan fizikal ke atas premis perniagaan, premis makanan, kedai motosikal, serta kawasan lorong belakang yang dipenuhi longgokan barangan lusuh. Susulan daripada pemeriksaan itu, beberapa pemilik premis yang didapati gagal menjaga kebersihan atau membiarkan kawasan mereka berisiko menjadi tempat pembiakan jentik-jentik telah dikenakan tindakan tegas termasuk pengeluaran notis pembatalan lesen di bawah Undang – undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKP) 2010. Pemilik premis juga di beri tempoh untuk membersihkan kacauganggu sampah sarap, peralatan perniagaan di siar kaki hadapan premis, belakang premis serta di atas bumbung premis perniagaan. Pemilik peniagaan di Daerah Kubang Pasu ini diingatkan untuk bersama -sama untuk menjaga kebersihan kawasan premis masing-masing demi memastikan tahap kesihatan dan kebersihan di tahap yang terkawal.

Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu

SWCorp Kubang Pasu

Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content