



𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 — Kelab Akademik Gayong Serantau, Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Jitra, Kedah telah menterjemahkan persembahan cemerlang selepas mencatatkan kejayaan membanggakan dalam 𝐤𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐂𝐨𝐦𝐛𝐚𝐭 𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (#𝐌𝐂𝐅𝟐𝟎𝟐𝟔) yang berlangsung di Negeri Sembilan. Kontinjen yang diwakili seramai 25 orang atlet ini memamerkan semangat juang serta mutu persembahan tinggi sepanjang temasya berlangsung, sekali gus membuktikan keupayaan wakil dari Kedah dalam memartabatkan seni mempertahankan diri di peringkat kebangsaan.
Kejayaan manis pasukan ini menyaksikan mereka mendominasi beberapa kategori utama, khususnya dalam acara Silat Seni apabila muncul sebagai Juara 1 bagi kategori Martial Art Performance (dengan markah 91.30) dan Juara 1 bagi acara Pertandingan Seni Silat Berkumpulan (markah 60.20). Kejayaan ini turut dilengkapkan dengan pencapaian cemerlang dalam acara Silat Olahraga apabila atlet-atlet kelab ini membawa pulang 5 pingat emas dan 19 pingat perak. Pencapaian membanggakan ini mendapat pujian ramai dan menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan bakat-bakat baharu yang berpotensi tinggi pada masa hadapan.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
