𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐋𝐔𝐍 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah menyertai Operasi Bersepadu Penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia yang diketuai oleh IPK Kedah.

Operasi yang melibatkan 38 anggota telah memeriksa lebih 15 premis perniagaan serta beberapa buah rumah bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa.

Hasil pemeriksaan, MPKP telah mengeluarkan 7 tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDKP 2010 terhadap premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

MPKP akan terus komited menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan dalam membanteras pendatang asing tanpa izin serta memastikan setiap premis mematuhi syarat pelesenan dan peruntukan undang-undang demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content