



𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔 – Program Gotong-Royong Ukhuwah Lydia telah berlangsung pada Sabtu, 15 Ogos 2026, melibatkan penduduk Lorong Lydia 2 hingga Lydia 7. Program yang bermula pada jam 7.00 pagi itu bertujuan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penduduk di samping mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa untuk komuniti setempat. Para peserta berkumpul di Padang Bola Depan Lydia 2 sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.
Program turut diserikan dengan sesi senamrobik bersama pihak bomba pada jam 7.05 pagi, diikuti taklimat mengenai gerak kerja gotong-royong. Peserta kemudiannya bergerak ke kawasan operasi bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk membersihkan kawasan sekitar, mengurus pokok, ranting dan barangan terpakai. Aktiviti tersebut turut menekankan nilai kebersamaan, kerjasama, keikhlasan serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan kawasan perumahan.
Program Gotong-Royong Ukhuwah Lydia merupakan hasil kerjasama penduduk setempat bersama Ahli Majlis MPKP, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Bomba Kubang Pasu dan Tuan Penghulu Mukim Pelubang. Selain aktiviti gotong-royong, penduduk turut diberi peluang menyumbangkan barangan terpakai seperti pakaian, barangan elektrik dan elektronik serta bahan-bahan lain untuk kutipan yang berkaitan. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kejiranan dan membina komuniti Lydia yang lebih harmoni, bersih, bertanggungjawab serta sejahtera.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
