PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM SERTAI ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69

31 Ogos 2026 – Alor Setar: PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) turut mengambil bahagian dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.

Yang Berusaha Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua dan Yang Berusaha Encik Ahmad Fayadh Abdul Manap, Setiausaha PBT TPHTK turut hadir menyaksikan istiadat dari pentas utama, sekali gus memberikan sokongan dan semangat kepada kontinjen PBT TPHTK yang mengambil bahagian dalam perbarisan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen PBT TPHTK dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen PBT TPHTK atas disiplin, komitmen dan semangat yang ditampilkan.

Demi Negara, Kita Bersatu!

‘Kesejahteraan Dinikmati’

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan Ke-69

Skip to content