SEMARAK JALUR GEMILANG: TANAM 69 BATANG POKOK

23 Ogos 2026 – KHTP : Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69, PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) dengan kerjasama KITA – Kulim Industrial Tenants of Association telah menjayakan Program Tanam 69 Batang Pokok sebagai simbolik menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Penanaman 69 batang pokok ini melambangkan angka 69 tahun kemerdekaan. Ia bukan sahaja melambangkan semangat patriotisme dan kecintaan kita kepada negara, malah menjadi satu usaha bersama dalam menghijaukan dan menceriakan persekitaran kawasan industri di samping menjadi simbol komitmen bersama dalam mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, lestari dan sejahtera.

Yang Berusaha Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua PBT TPHTK dan Dato’ Chong Nee Hwa, President KITA turut meluangkan masa sama-sama menyemarakkan program melalui aktiviti penanaman pokok.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada KITA ‘main committee’ iaitu Fuji Electric Malaysia, Intel, Infineon, Silterra, Hoya, AMS Osram dan First Solar serta semua syarikat yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini.

69 Pokok, 69 Tahun, Satu Semangat Malaysia!

Skip to content