MPSPK NAIB JOHAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Hari ini bukan sekadar tentang perarakan. Hari ini adalah tentang semangat, disiplin, kebersamaan dan rasa cinta kepada tanah air.

Bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 berlangsung penuh meriah dengan penyertaan sebanyak 96 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan beruniform. ‎

Turut hadir memberikan sokongan kepada kontinjen MPSPK ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, serta Tuan Setiausaha MPSPK, Encik Mohamad Hilmi bin Marzuki.

Dengan langkah yang seiring, barisan yang tersusun dan wajah penuh keyakinan, Kontinjen MPSPK tampil membawa nama Majlis dengan penuh bangga.

Diketuai oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Encik Roslin bin Bakar, kontinjen MPSPK yang terdiri daripada warga kerja pelbagai jabatan memperlihatkan disiplin dan semangat berpasukan yang cukup membanggakan.

MPSPK MELANGKAH KE HADAPAN.

Hasil komitmen dan kesungguhan seluruh kontinjen, MPSPK berjaya dinobatkan sebagai NAIB JOHAN bagi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026! Ini adalah kebanggaan seluruh warga MPSPK. Di sebalik kejayaan ini ada latihan, ada disiplin, ada pengorbanan, ada kerjasama dan yang paling penting, ada semangat untuk membawa nama MPSPK dengan sebaik-baiknya.

Daripada warga kerja di barisan hadapan hinggalah kepada seluruh warga MPSPK yang sentiasa memberikan sokongan,kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Majlis dan mengangkat semangat warga MPSPK di persada Negeri Kedah.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA

Klik untuk gambar sekitar program.
Klik untuk video sekitar program.

Skip to content