𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔|𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
Sebagai persediaan menghadapi peralihan monsun yang dijangka membawa peningkatan hujan serta risiko kejadian banjir kilat, Majlis Daerah Yan telah melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan longkang di sekitar kawasan Pekan Guar Chempedak.
Aktiviti ini merupakan langkah pencegahan bagi memastikan sistem saliran berada dalam keadaan baik, bersih dan tidak tersumbat, khususnya dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu.
Gotong-royong yang memberi tumpuan kepada longkang dan saliran utama ini turut mendapat kerjasama daripada YB ADUN Guar Chempedak, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Yan dan E-Idaman.
Kerjasama semua pihak bukan sahaja membantu memastikan kebersihan kawasan awam terpelihara, malah memupuk semangat kebersamaan dan tanggungjawab dalam menjaga persekitaran setempat.
Sehubungan itu, para peniaga dan penduduk setempat diseru agar tidak membuang sampah atau sisa domestik ke dalam longkang. Marilah kita bersama-sama memastikan sistem saliran sentiasa bersih, lancar dan tidak terhalang bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
Kebersihan longkang tanggungjawab bersama. Jaga saliran, cegah banjir! ![]()
![]()





