KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di Daerah Kuala Muda, Kedah serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.

BILNO SEBUT HARGAPROJEKSYARAT PENDAFTARANTARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
188/2026 (KEJ)KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU JALAN JENIS SOLAR LED 120 WATT DI JALAN HARVARD, BEDONG, KEDAH.BERDAFTAR DENGAN CIDB
GRED G1 ATAU G2 ATAU G3
PENGKHUSUSAN E04, E06, E16, E17, E21
BERDAFTAR DI NEGERI KEDAH
TEMPAT : ARAS G
MASA : 10.00 PAGI
TARIKH : 17 SEPTEMBER 2026
189/2026 (KEJ)KERJA-KERJA MENAIKTARAF PENCAHAYAAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK LANSKAP KEJUR DAN LANSKAP LEMBUT DI BANDAR SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMANBERDAFTAR DENGAN CIDB
GRED G2 ATAU G3
PENGKHUSUSAN E04, E06, E16, E17, E21
BERDAFTAR DI NEGERI KEDAH
TEMPAT : ARAS G
MASA : 10.00 PAGI
TARIKH :17 SEPTEMBER 2026

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 17 SEPTEMBER 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 4.30 petang
Khamis:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 24 SEPTEMBER 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 10 September 2026

Skip to content