PEMAKLUMAN
PESTA BUKU KEDAH 2026
Khabar gembira buat semua pencinta buku dan peminat aktiviti berilmiah!
Pesta Buku Kedah 2026 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bakal berlangsung selama 7 hari dengan pelbagai pengisian menarik yang pastinya sesuai untuk seisi keluarga. Pelbagai buku, aktiviti kanak-kanak, sesi bicara, perkongsian penulis, program ilmu, pameran agensi serta cabutan bertuah menanti para pengunjung.
24 – 30 September 2026
Village Mall, Sungai Petani, Kedah
10.00 pagi – 10.00 malam
Antara pengisian menarik sepanjang Pesta Buku Kedah 2026 termasuk:
- Pameran dan jualan buku
- Sesi bicara & perkongsian penulis
- Aktiviti kanak-kanak
- Program ilmu dan inspirasi
- Pelbagai persembahan menarik
- Cabutan bertuah dengan hadiah menanti
Ayuh manfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu, menyemarakkan budaya membaca dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Membaca Membina Masa Depan!
Jangan lepaskan peluang — jom beramai-ramai ke Pesta Buku Kedah 2026!
