PENGLIBATAN MBAS DI RERUAI TEMASYA OGHANG KEDAH 2026 ( TOK 2026 ) 30 JULAI – 1 OGOS 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alhamdulillah, sepanjang 30 Julai hingga 1 Ogos 2026, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) turut membuka reruai pameran dan promosi dengan kerjasama Pejabat Daerah.
 
Reruai MBAS ini turut mendapat kerjasama daripada usahawan kraf tempatan Lorong Sempit, iaitu Painting Pipa dan Iwan Dodol, yang begitu komited dalam menjayakan serta mempersembahkan reruai berkeluasan 10 kaki x 20 kaki.
 
Penglibatan usahawan tempatan ini bukan sahaja mengetengahkan produk dan hasil kreativiti tempatan, malah turut memberi ruang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat keunikan produk jualan dari Alor Setar.
 
Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Reruai ini juga turut mendapat kunjungan Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin yang sudi meluangkan masa untuk singgah dan melihat reruai yang disediakan.m selepas acara perasmian program TOK.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penglibatan MBAS. Semoga usaha kecil ini terus menjadi pemangkin kepada penglibatan usahawan tempatan serta promosi pelancongan dan produk kreatif Alor Setar.
 
Skip to content