ALOR SETAR BANDARAYA CANTIK, BERSIH – TAN SRI TONY FERNANDES

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 26 Ogos 2026 – Suasana perbincangan mengenai cadangan projek air pancut (fountain) di bandar raya Alor Setar petang tadi turut mendapat perhatian apabila pegawai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dikunjungi Ketua Pegawai Eksekutif Capital A / pengasas bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
 
Dalam pertemuan ringkas itu, Tan Sri Tony Fernandes menzahirkan rasa kagum terhadap persekitaran bandar raya Alor Setar yang disifatkannya sebagai “cantik dan bersih” sepanjang kunjungan sulung beliau ke bandar raya ini.
 
Pujian tersebut mencerminkan pandangan positif terhadap imej bandar raya Alor Setar dalam aspek kebersihan, keceriaan dan pengurusan persekitaran bandar.
 
Kunjungan berkenaan turut menjadi satu suntikan semangat kepada warga MBAS untuk terus memperkukuh usaha memperindah serta meningkatkan kualiti persekitaran bandar raya, khususnya dalam menyokong aspirasi menjadikan Alor Setar sebuah bandar raya yang bersih, selesa, menarik dan berdaya huni.
 
MBAS merakamkan penghargaan atas kesudian Tan Sri Tony Fernandes menyapa serta meluangkan masa beramah mesra bersama pasukan MBAS, sekali gus menyaksikan sendiri perkembangan dan suasana persekitaran bandar raya Alor Setar.
 
Skip to content