BRISK WALK MERDEKA MBAS SEMARAK SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-69

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 26 Ogos 2026 – Lebih 150 peserta menyertai Program Brisk Walk Merdeka anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sejauh lima kilometer bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-69, di sini semalam.
 
Program yang berlangsung dengan penglibatan pegawai daripada pelbagai agensi, pelajar sekolah serta warga bandar raya itu turut menyaksikan peserta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang laluan sebagai simbol semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.
 
Program bermula di Dataran Medan Bandar sebelum peserta menyelusuri beberapa lokasi menarik dan bersejarah di sekitar bandar raya Alor Setar termasuk Dataran Sungai Raja, Istana Sepachendera, Jalan Putra dan Rumah Merdeka.
 
Penganjuran Brisk Walk Merdeka bukan sahaja menjadi platform untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, malah menggalakkan amalan gaya hidup sihat menerusi aktiviti berjalan kaki dalam suasana santai dan harmoni.
 
MBAS berharap program seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda, di samping memperkukuh perpaduan dan keharmonian komuniti selaras dengan aspirasi menjadikan Alor Setar sebuah bandar raya yang aktif, sihat dan berdaya huni.
 
Hadir sama Ahli Majlis MBAS, Encik Shamsudin Ahmad; Encik Kairuddin Arshad; Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, Encik Afizudin Dato’ Paduka Haji Mohd Saad; Ketua Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan MBAS, Puan Siti Fazlina Abd Tafaruddin serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content