PERARAKAN LEBIH 100 BOT SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DI KEDAH
Alor Setar, 28 Ogos 2026 – Sorotan foto sekitar berlangsungnya Perarakan Bot Merdeka Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 yang berlangsung di sini, petang semalam. Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor.
Program itu menyaksikan lebih 100 buah bot berarak mengibarkan Jalur Gemilang di Sungai Kedah, sekali gus menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan memperlihatkan penglibatan masyarakat dalam meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.
