PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARA DI BANDAR PUTERI JAYA

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ingin memaklumkan bahawa penutupan jalan sementara akan dilaksanakan di Bandar Puteri Jaya bagi memberi laluan kepada penganjuran Program Hari Cuci Malaysia 2026.

Tarikh : 26 September 2026 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Lokasi : Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif seperti yang ditunjukkan dalam pelan. Orang ramai juga dimohon untuk mematuhi arahan serta papan tanda lalu lintas yang disediakan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan semua pihak.

MPSPK memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran orang ramai sepanjang pelaksanaan program ini.

Bersama-sama kita jayakan Program Hari Cuci Malaysia 2026 demi persekitaran yang lebih bersih, indah dan selesa.

Skip to content