🌿 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐂𝐔𝐂𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌿

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Ayuh warga Kulim! Mari kita satukan tenaga, eratkan hubungan komuniti dan bersama-sama mencipta persekitaran yang lebih bersih, indah dan lestari melalui aktiviti gotong-royong serta kitar semula sempena Hari Cuci Malaysia 2026.

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan kerjasama pelbagai agensi menjemput seluruh warga Kulim untuk bersama-sama menyertai Program Hari Cuci Malaysia – Program Pembersihan Mega Seluruh Malaysia sebagai usaha memperkukuh budaya kebersihan, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar serta membina komuniti yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.

🗓 Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)

⏰ Masa: 7.00 pagi

📍 Lokasi: Air Terjun Junjong, Kulim

📍 Lokasi Google Maps:

https://maps.app.goo.gl/EwcWBb6VXi3ML2KG7

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

✨ Senamrobik

✨ Taklimat Kesihatan

✨ Booth Pameran

✨ Jualan Kitar Semula

✨ Cabutan Bertuah

Bawa keluarga, ajak sahabat dan sertai komuniti anda!

Setiap usaha kecil yang kita lakukan hari ini mampu memberi impak besar kepada bumi yang kita cintai. 🌱

#HariCuciMalaysia2026#StrongerTogether#UnityInDiversity#DemiPertiwi

Skip to content