Satu lawatan tapak ke Projek MBI Desaku telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa kawasan projek yang berpotensi untuk dibangunkan semula, dengan diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bersama Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.

Turut hadir bersama ialah Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Pengarah Pusat Setempat (OSC), Puan Sri Gennie selaku wakil pemaju MBI Desaku serta wakil Arkitek ADM.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan fizikal semasa tapak, mengenal pasti potensi menghidupkan semula kawasan komersial yang telah lama tidak beroperasi, serta memahami permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh pihak pemaju.

Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada pendekatan pelaksanaan yang praktikal dan berdaya maju melalui kerjasama strategik antara MPKK dan pihak pemaju, dengan mengambil kira kepentingan serta keperluan kedua-dua pihak.

Hasil lawatan tersebut, kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk meneroka peluang pembangunan semula kawasan ini sebagai salah satu komponen sokongan kepada Hab Industri Padang Meha dan kawasan Kulim Hi-Tech, sekali gus berpotensi merancakkan semula aktiviti ekonomi serta pembangunan di kawasan sekitarnya.

Daripada sebuah tapak yang sunyi, menuju kepada kawasan yang kembali bernyawa.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content