LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON (MPPD) KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 24 September 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan Lawatan Penandaarasan daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi tujuan perkongsian pengalaman serta pertukaran pandangan berkaitan pengurusan dan penambahbaikan lampu hiasan.
 
Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 7, Menara MBAS ini melibatkan sesi perbincangan dan perkongsian idea antara pegawai serta warga kerja kedua-dua pihak.
 
Program turut diserikan dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan serta mengeratkan hubungan kerjasama antara MBAS dan MPPD.
 
Pada sebelah malam, delegasi MPPD turut dibawa meninjau beberapa lokasi sekitar bandar raya Alor Setar yang melibatkan Bulatan Teluk Wanjah, Medan Bandar serta Dataran Starwalk di hadapan City Plaza. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk melihat sendiri suasana dan pelaksanaan pencahayaan serta lampu hiasan di beberapa lokasi tumpuan sekitar pusat bandar Alor Setar.
 
Semoga sesi penandaarasan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
 
Skip to content