28 September 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) meneruskan usaha pemeliharaan imej bandar melalui Operasi Perobohan Gerai Terbiar di Jalan Perusahaan, Kulim yang dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Kawalan Bangunan MPKK.

Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 3 buah gerai terbiar telah berjaya dirobohkan bagi memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan lebih kemas, selamat dan kondusif kepada komuniti serta pengguna jalan raya.

Tindakan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPKK dalam menangani isu premis atau struktur terbiar yang boleh menjejaskan aspek kebersihan, keselamatan awam dan keceriaan persekitaran bandar.

Ikuti media sosial rasmi MPKK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan penyelesaian aduan, hebahan semasa serta perkembangan perkhidmatan kepada warga Kulim.

Terima kasih atas keprihatinan warga Kulim dalam bersama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang lebih indah, bersih, maju dan selamat.

Klik untuk gambar sekitar program

“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑰𝑵𝑫𝑨𝑲”

#MajlisPerbandaranKulim

#MPKKmendengarMPKKbertindak

Skip to content