PEMAKLUMAN PEMBUKAAN KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN PELESENAN ANJING SEMPENA PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN RABIES DAERAH KUBANG PASU

Majlis Perbandaran Kubang Pasu akan menyediakan Kaunter Khidmat Pelanggan Berkaitan Pelesenan Anjing sempena Program Suntikan Vaksin Rabies Anjing Daerah Kubang Pasu seperti berikut:-
Tarikh: 5 Oktober 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Pejabat Penghulu Mukim Temin, Changlun
Kaunter ini memudahkan pemilik anjing mendapatkan borang, maklumat, serta nasihat pelesenan daripada petugas MPKP. MPKP turut mengingatkan bahawa anjing berumur tiga bulan ke atas wajib dilesenkan bagi memastikan pemeliharaan bertanggungjawab dan memudahkan kawalan haiwan peliharaan.
Untuk makluman, urusan pelesenan anjing adalah tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2011. Berdasarkan UUK 21, kesalahan di bawah undang-undang kecil tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, manakala UUK 22 memperuntukkan kompaun sehingga RM300 bagi kesalahan yang boleh dikompaun.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pelesenan anjing boleh menghubungi Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKP di talian 04-702 3300.
#perbandaranbersihindah
#majlisperbandarankubangpasu
#MPKP
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1