PEMAKLUMAN PROGRAM VAKSINASI RABIES ANJING DAN TEGURAN MANDATORI WARTA PERINTAH VAKSINASI ANTI-RABIES NEGERI KEDAH

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dengan kerjasama pihak berkaitan akan menganjurkan Program Suntikan Vaksin Rabies Anjing Daerah Kubang Pasu seperti berikut:-

Tarikh: 5 Oktober 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Pejabat Penghulu Mukim Temin, Changlun

Pemilik anjing di Changlun dan Kubang Pasu diseru membawa anjing mereka untuk suntikan vaksin rabies. Inisiatif ini penting bagi mengawal penularan penyakit, menjaga kesihatan haiwan, serta melindungi keselamatan awam.

Dalam pada itu, pemilik anjing diminta mengambil perhatian terhadap Warta Perintah Vaksinasi Anti-Rabies Negeri Kedah 2026 di bawah Seksyen 42(8), Akta Binatang 1953. Kegagalan mematuhi arahan vaksinasi boleh dikenakan tindakan undang-undang, dengan kadar denda yang dinyatakan dalam hebahan rasmi iaitu RM1,000 bagi kesalahan pertama, RM2,000 bagi kesalahan kedua dan RM5,000 bagi kesalahan ketiga.

Sehubungan itu, semua pemilik anjing khususnya di sekitar Changloon dan daerah Kubang Pasu digalakkan mengambil peluang yang disediakan ini dengan membawa anjing masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin rabies demi memastikan anjing sihat, keluarga selamat dan komuniti bebas daripada ancaman rabies.

#perbandaranbersihindah
#majlisperbandarankubangpasu
#MPKP

Portal: https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

Twitter: https://twitter.com/mpkubangpasu

Instagram: https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

Facebook: https://www.facebook.com/MPKubangpasu

WhatsApp Aduan: https://wa.link/c38jh1

Skip to content