𝟏𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐇𝐀𝐃
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ![]()
Majlis Daerah Yan (MDY) telah menyertai Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Bertam Resort & Water Park, Penang.
Program ini diadakan bagi memperkukuh komitmen serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan persekitaran, di samping memastikan aspek kebersihan, kesihatan awam dan kelestarian persekitaran terus diberi perhatian serta dilaksanakan dengan cemerlang.
Turut hadir mewakili Majlis Daerah Yan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd. Ghani, AMK., AMN., BCK., barisan Ahli Majlis serta pegawai-pegawai kanan MDY.
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 – 𝟓 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆! ![]()
Dalam majlis tersebut, Majlis Daerah Yan telah menerima Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran PBT Cemerlang 2026 dengan pencapaian 5 Bintang. ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
𝐏𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐁𝐓 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔
![]()
![]()
![]()
![]()
𝟓 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Yan atas komitmen, dedikasi dan kerjasama berpasukan yang telah diberikan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan persekitaran sentiasa berada pada tahap terbaik.
Pencapaian ini menjadi bukti kesungguhan dan komitmen MDY dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan serta mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat untuk komuniti.
𝐌𝐃𝐘 – 𝟓 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆, 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
