𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐀𝐁𝐔
𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐊𝐑𝐀𝐖 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ![]()
Majlis Daerah Yan telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Yang Dipertua Majlis Daerah Yan Tahun 2026 pada 16 September 2026 bertempat di Dewan Lestari, Guar Chempedak, dengan kerjasama Guar Gasak Takraw Club (GGTC).
Kejohanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan yang berentap bagi merebut Piala Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Penganjuran kejohanan ini turut menjadi platform bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw.
Turut hadir ialah Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, barisan Penghulu Mukim Daerah Yan serta wakil Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada:
Johan – GGTC D
Naib Johan – Budak Baru
Tempat Ketiga – Gwencana
Tempat Ketiga – Bersara
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak GGTC, semua pasukan, pengadil, urus setia serta para penyokong atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan ini.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan bagi menyemarakkan lagi budaya bersukan serta melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan sepak takraw di Daerah Yan. ![]()
![]()
Untuk lebih banyak gambar :- https://www.facebook.com/share/p/1cpsHVnvD6/
