29 September 2026 – Seperti kelaziman setiap bulan, warga Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bersama-sama meluangkan masa menunaikan Solat Dhuha di Surau Az-Zuhud MPKK sebagai pengisian rohani serta memohon keberkatan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab harian.

Selesai menunaikan Solat Dhuha, warga MPKK seterusnya mengadakan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang didedikasikan khusus buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah.

Majlis bacaan Yasin dan Tahlil ini diadakan sebagai tanda penghormatan serta ingatan buat Allahyarhamah, di samping memohon ke hadrat Allah SWT agar mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kesalahan serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Turut bersama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Yang Dipertua MPKK, Puan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja MPKK yang bersama-sama menyemarakkan pengisian kerohanian ini.

Semoga amalan yang dilaksanakan menjadi tanda kasih, penghormatan dan doa yang berterusan buat Allahyarhamah

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content