SERAHAN NOTIS E CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 2 TAHUN 2026 DI SEKITAR JALAN KUALA KEDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 4 Oktober 2026 – Unit Tindakan Khas Bahagian Hasil, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan Operasi Serahan Notis E Cukai Taksiran Penggal 2 Tahun 2026 bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di sekitar Jalan Kuala Kedah.
 
Tindakan tegas ini dilaksanakan terhadap pemilik pegangan yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran di bawah kawasan pentadbiran MBAS. Operasi ini dijalankan berikutan kegagalan pemilik menjelaskan cukai taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan, selari dengan peruntukan Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
 
Pihak MBAS menyeru semua pemilik hartanah agar sentiasa menyemak dan menjelaskan cukai taksiran masing-masing mengikut tarikh tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
 
Jelaskan cukai taksiran anda untuk kesejahteraan dan pembangunan bandar raya Alor Setar yang mampan.
 
Skip to content