KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran sebutharga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan salah satu kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang tertera di bawah.
| BIL | NO SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG PENDAFTARAN |
| 1. | 92/2026 (KEJ) | SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUBAHSUAI DAN MENGUJILARI SATU (1) UNIT “NEW HIGH PRESSURE JETTER PUMP C/W OTHER NECCESSARY REQUIREMENT” DIPASANG PADA KENDERAAN SEDIA ADA NOMBOR PENDAFTARAN KBQ2630 JABATAN KESIHATAN PESEKITARAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH | 110104 ATAU 110106 ATAU 220112 |
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Perbendaharaan (Bahagian Perolehan) mulai 11 Oktober 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Akuan Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.
Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan harga RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (Kad Debit/Kad Kredit/boost/touch n go).
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 18 OKTOBER 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 07 OKTOBER 2026