KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENOLONG PENGARAH PERSENJATAAN BUKIT AMAN KE MPSPK

Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muzaffar Shah, telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Penolong Pengarah Persenjataan Bukit Aman, YDH SAC Zaidy bin Che Hassan, pada jam 9.00 pagi bertempat di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Kunjungan hormat ini menjadi platform dalam memperkukuhkan hubungan serta jalinan kerjasama antara MPSPK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam mempererat hubungan antara agensi serta meningkatkan kerjasama dalam perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama. ‎

Pertemuan ini turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pengukuhan kerjasama serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Selesai kunjungan hormat tersebut, program diteruskan dengan Mesyuarat Pegawai Turus Persenjataan, Ketua Cawangan Persenjataan Kontinjen, Briged dan Formasi (Operasi/Teknikal) Bil. 1/2026 yang berlangsung di Bilik Gerakan, Aras 5, Menara MPSPK.

Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan dan penyelarasan berkaitan aspek persenjataan, termasuk perkara-perkara operasi dan teknikal yang melibatkan pegawai serta pihak berkaitan. Semoga hubungan baik dan jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuhkan demi kepentingan bersama serta kesejahteraan masyarakat di kawasan pentadbiran MPSPK.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content