KUNJUNG HORMAT DELEGASI PUSAT DARAH WILAYAH UTARA KE MPSPK
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Darah Wilayah Utara (PDWU), Sungai Petani yang diketuai oleh Dr. Siti Nadiah Binti Haji Abdul Kadir, Pakar Perunding Perubatan Transfusi merangkap Pemangku Pengarah Pusat Darah Wilayah Utara.
Kehadiran Delegasi tersebut telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi serta berkongsi perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan transfusi darah dan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan darah.
Dalam sesi tersebut, pihak Pusat Darah Wilayah Utara turut memaklumkan bahawa pengoperasian awal Pusat Darah Wilayah Utara, Sungai Petani telah bermula. Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang kepada keperluan bekalan darah negara kini boleh hadir secara ‘walk-in’ untuk menderma darah di pusat berkenaan.
MPSPK menyambut baik inisiatif ini yang bukan sahaja memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan negara, malah menyemai nilai kemanusiaan dan semangat prihatin dalam kalangan masyarakat. Diharapkan lebih ramai warga Sungai Petani dan kawasan sekitar tampil sebagai penderma darah bagi membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.
Setitis darah, sejuta harapan. Ayuh bersama menjadi wira kehidupan.
Klik untuk gambar sekitar program






