




7 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) telah meneruskan usaha penguatkuasaan melalui pelaksanaan Operasi Tuntutan Tunggakan dan Sitaan Premis yang dijalankan di sekitar Pekan Kulim dan Junjung.
Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 27 tindakan sitaan telah dilaksanakan dan 22 Notis Tunggakan telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang terlibat sebagai langkah memastikan tunggakan sewaan dijelaskan mengikut ketetapan yang berkuat kuasa.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan MPKK dalam memperkukuh pengurusan kutipan hasil Majlis di samping meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pemilik premis terhadap pematuhan syarat serta kewajipan pembayaran sewaan.
Sehubungan itu, MPKK menyeru semua pemilik premis agar sentiasa menyemak status bayaran sewaan masing-masing dan mengambil tindakan segera untuk menjelaskan sebarang tunggakan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dikenakan.
MPKK akan terus mempergiat pelaksanaan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengurusan hasil yang lebih cekap dan sistematik, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan seluruh warga Kulim.