




Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan permukaan jalan yang rosak di Taman Lobak Indah, Lunas bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Kerja-kerja melibatkan penampalan serta meratakan semula permukaan jalan bagi memastikan laluan lebih baik dan selamat digunakan.
MPKK komited untuk terus menambah baik infrastruktur awam demi kesejahteraan masyarakat. Terima kasih kepada orang awam atas kerjasama dan penyaluran aduan untuk tindakan pihak MPKK.
Bersama-sama kita jadikan Kulim lebih indah, bersih, maju dan selamat.
“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌”