




Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan kerjasama Hospital Kulim telah menganjurkan Program Derma Darah bertempat di Lobi Majlis Perbandaran Kulim pada 11 Oktober 2026.
Program ini bertujuan membantu menampung keperluan bekalan darah serta memupuk semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Setitis Darah, Sejuta Harapan.
Derma Darah, Selamatkan Nyawa!