MBAS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PIHAK TETUAN SWEETPARK VENTURES SDN BHD : BENTANG CADANGAN PROJEK REVITALISASI KAMPUNG SEBERANG NYONYA, ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 11 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) diwakili Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, PMgr. Sr. Encik Zamzama Bin Mohd dan pegawai-pegawai dari jabatan berkaitan telah menerima kunjungan hormat dari pihak Tetuan Sweetpark Ventures Sdn. Bhd. yang membentangkan cadangan Projek Revitalisasi bagi kawasan Seberang Nyonya, Alor Setar.
 
Projek ini dikemukakan sebagai sebuah pelan strategik bagi memelihara dan memajukan kawasan persisiran Sungai Kedah di Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar. Antara fokus utama cadangan pembangunan ini merangkumi Impak Holistik & Mampan iaitu pelan yang berdaya laksana untuk memberikan impak positif kepada pembangunan fizikal, sosial, ekonomi, serta persekitaran Sungai Kedah supaya lebih berdaya saing dan mampan.
 
Selain itu, dari aspek Pemberdayaan Komuniti Tempatan pula, pembangunan ini berteraskan prinsip “daripada rakyat untuk rakyat”, di mana penduduk Kampung Seberang Nyonya telah bersetuju untuk terlibat secara aktif sebagai peniaga, pengusaha, mahupun sukarelawan komuniti.
 
Pengukuhan Warisan & Ekonomi juga turut diberi perhatian dengan selain ianya menjadi tarikan pelancongan baharu, projek ini bertujuan memperkukuh ekonomi tempatan serta memelihara warisan budaya kawasan setempat.
 
Untuk kebaikan dan kesan posititif kepada Legasi Pelancongan Negeri, inisiatif ini juga dirancang sebagai legasi berterusan pasca Tahun Melawat Kedah 2025 bagi meneruskan momentum sektor pelancongan dan menjadikan Kampung Seberang Nyonya sebagai ikon baharu Bandaraya Alor Setar.
 
Pihak MBAS sentiasa menyokong usaha serta perancangan yang memberikan manfaat berpanjangan kepada warga Alor Setar dan pembangunan persekitaran bandar raya yang mampan.
 
 
Skip to content