14 Oktober 2026 –YBhg. Dato’ Haji Elmi Yusoff, Yang Dipertua MPKK telah mengadakan lawatan ke Rumah Amal Kulim pagi ini bersama wakil jabatan-jabatan MPKK yang terlibat.

Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, meneroka ruang kerjasama strategik serta mendekati anak-anak istimewa di Rumah Amal Kulim.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan MPKK dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti, di samping menyokong usaha kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Semoga jalinan hubungan ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content