MBAS MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 18 Oktober 2026 — MBAS menerima kunjungan hormat daripada pensyarah School of Law, Universiti Utara Malaysia iaitu Dr. Hanis binti Wahed, Dr. Anis Shuhaiza Binti Md Salleh dan Encik Ahmad Nasyran Bin Azrae ke atas YBhg. Dato’ Bandar Alor Setar.
 
Kunjungan ini menjadi pemangkin kepada penganjuran Seminar on Law & Society 2026 (SOLAS VIII) pada 12 November 2026 bertempat di Dewan Mesyuarat UTC, Aras 5, Kompleks UTC Alor Setar, Kedah. Seminar ini bertujuan menjadi platform perbincangan ilmiah mengenai hubungan antara undang-undang, masyarakat dan cabaran perundangan semasa
 
Turut sama, Dr. Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang MBAS dan Encik Ahmad Syahmi bin Annuar Mahayuddin.
 
Kolaborasi strategik antara MBAS dan UUM memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan dengan institusi akademik dalam bidang perundangan.
 
 
Skip to content