PEMERIKSAAN TEKNIKAL DI G-RESIDENCE SUSULAN ADUAN PENGGUNAAN UTILITI

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 27 September 2026 — Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melaksanakan lawatan pemeriksaan teknikal di Pangsapuri Perkhidmatan G-Residence bagi meneliti aduan berhubung dakwaan penggunaan bekalan elektrik dan air milik Badan Pengurusan Bersama (JMB) oleh pihak pemaju tanpa kebenaran.
 
Lawatan itu melibatkan pasukan teknikal daripada Bahagian Arkitek dan Kawalan Bangunan, Bahagian Mekanikal dan Elektrikal serta unit Pesuruhjaya Bangunan (COB,) MBAS.
 
Turut hadir Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, PMgr Sr Zamzama bin Mohd; Pegawai Penilaian Bahagian Pengurusan Harta, PMgr Sr Muhammad Fitri bin Ramli; Pengurus Projek G-Residence, Encik Tay Soon Cheong; serta wakil jawatankuasa JMB, Puan Murni Sabirah.
 
Pemeriksaan berkenaan diadakan susulan aduan yang dikemukakan oleh jawatankuasa JMB G-Residence bagi meneliti dakwaan penggunaan bekalan elektrik dan air milik badan pengurusan tersebut oleh pemaju.
 
Lawatan itu merupakan langkah MBAS mendapatkan maklumat dan meneliti perkara yang dibangkitkan melalui pemeriksaan teknikal di lokasi berkenaan.
 
 
Skip to content