TOTYA 2026: MPSPK BERJAYA RANGKUL ANUGERAH TANDAS TERBAIK TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA 2026) yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada hari Selasa bersamaan 20 Oktober 2026.

Penganjuran TOTYA 2026 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan mengiktiraf kecemerlangan pelbagai pihak dalam menyediakan kemudahan tandas awam yang bersih, selesa, selamat dan berkualiti, sekali gus memperkukuh budaya kebersihan serta meningkatkan mutu kemudahan awam negara. ‎

Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada MPSPK untuk terus mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan awam demi memastikan persekitaran yang bersih, selesa dan kondusif untuk masyarakat.

MPSPK akan terus komited dalam melaksanakan penambahbaikan kemudahan awam secara berterusan selaras dengan usaha mewujudkan bandar yang bersih, mampan dan berkualiti.

Klik untuk gambar sekitar program
Klik untuk video sekitar program

Skip to content