MALAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM 2026 DI DATARAN DARULAMAN

𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀 – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam 2026 dengan kerjasama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yang akan berlangsung pada 30 Oktober 2026 (Jumaat), bermula jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam bertempat di Dataran Darulaman.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, antaranya Malam Selawat, persembahan nasyid kontemporari, pelupusan Al-Quran, Ride Dakwah, pameran agensi dan jualan makanan. Program ini turut menawarkan cabutan bertuah kepada pengunjung.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program ini, di samping menghayati keindahan kebudayaan dan kesenian Islam serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

#perbandaranbersihindah
#majlisperbandarankubangpasu
#MPKP

📱

 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content