Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan Kursus Environmental, Social and Governance (ESG) pada 18 hingga 19 Oktober 2026 sebagai usaha memperkukuh pengetahuan dan kefahaman warga kerja terhadap amalan pengurusan organisasi yang mampan, berintegriti dan berdaya saing.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta pemahaman peserta mengenai prinsip ESG yang merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus, sekali gus menggalakkan penerapan amalan kelestarian dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan MPKK.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mendapat perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Puan Sarimah Misman dan Puan Yang Suselawati selaku penceramah berkaitan pelaksanaan dan kepentingan prinsip ESG dalam organisasi.

Diharapkan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan secara berkesan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan, memperkukuh tadbir urus serta menyokong aspirasi pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content