PEMAKLUMAN
PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM E-ADUAN MPSPK
Sistem E-Aduan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem berkala. Maklumat penyelenggaraan adalah seperti berikut:
Tarikh: 23 & 24 Oktober 2026
Hari: Jumaat & Sabtu
Tujuan: Penyelenggaraan Berkala & Naik Taraf Sistem
Langkah penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem E-Aduan sentiasa berada pada tahap prestasi terbaik untuk perkhidmatan anda.
MPSPK memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh orang awam dan masyarakat sepanjang tempoh penyelenggaraan ini dijalankan. Kerjasama dan keprihatinan anda amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
