DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR KE PROGRAM ECO MOONLIGHT FUN RUN SWCorp NEGERI KEDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 23 Oktober 2026- Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir Program Eco Moonlight Fun Run anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Kedah bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, malam semalam.
 
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Syahrul Nizam bin Saleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp. Turut hadir Pengarah SWCorp Negeri Kedah, YBrs. Tuan Shamsuharizal bin Basir serta Ketua Operasi Konsesi Environment Idaman Sdn. Bhd.
 
Penganjuran program itu bukan sahaja menyediakan platform kepada masyarakat untuk menyertai aktiviti riadah dalam suasana malam yang santai dan meriah, malah turut menjadi medium untuk menyebarluaskan mesej kesedaran tentang tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara, di samping memperkukuh amalan pengasingan sisa dan kitar semula.
 
 
Skip to content