PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARA

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN POKOK DAN SEMAK SAMUN DI TAMAN RIA, LORONG 75 (BERSEBELAHAN JALAN LENCONGAN TIMUR)

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan sementara akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan pokok dan semak samun di kawasan Taman Ria, Lorong 75.

Tarikh: 26 hingga 29 Oktober 2026 (ISNIN – KHAMIS)

Masa pelaksanaan:
– 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
– 2.30 petang hingga 4.30 petang

Lokasi terlibat: Jalan Lencongan Timur menghala ke Jalan Badlishah, berdekatan kawasan Taman Ria, Lorong 75.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas di lokasi serta menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pihak Majlis memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta perhatian orang awam sepanjang kerja-kerja ini dijalankan.

Skip to content