
𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌, 𝐇𝐀𝐍𝐆𝐏𝐀 𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐀𝐃𝐘 𝐊𝐀? 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇!
Orang Kulim, orang Kedah, orang jauh dan dekat, kami nak habaq satu benda ni!
Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Majlis Perbandaran Kulim, kami nak ajak seluruh warga Kulim dan masyarakat dari mana-mana saja untuk sama-sama memeriahkan karnival yang penuh dengan hiburan, makanan, aktiviti keluarga dan pelbagai acara menarik!
Dari pagi sampai malam, macam macam kami dah sediakan. Nak layan konsert? Ada! Nak cari makanan viral? Ada! Nak bawa anak dan keluarga jalan jalan? Semua ada!
𝟐𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟏 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐒𝐓𝐀𝐃𝐈𝐔𝐌 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Haa, ini baru teaser awal untuk hangpa semua!
Banyak lagi acara dan aktiviti menarik yang menanti sepanjang Karnival Jubli Perak MPKK nanti.
Sementara tu, siap-siap kosongkan kalendar dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan sambutan 25 tahun MPKK!