24 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan Hari Keluarga MPKK 2026 bertempat di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak, dalam suasana yang penuh kemeriahan, keceriaan dan semangat kekeluargaan.

Setelah tiga tahun tidak diadakan, penganjuran semula program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kebersamaan serta memberi peluang kepada warga kerja MPKK meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; Tuan Haji Badrul Hisam bin Md Yusof, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK; dan Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK. Turut hadir ialah barisan Ahli Majlis, para Pengarah Jabatan serta warga kerja MPKK bersama ahli keluarga masing-masing.

Penganjuran program ini juga merupakan tanda penghargaan terhadap segala jasa, pengorbanan dan komitmen seluruh warga kerja MPKK yang sentiasa bertungkus-lumus melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Semoga kenangan indah yang tercipta sepanjang program ini terus memperkukuh ikatan kekeluargaan, menyemarakkan semangat berpasukan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga MPKK pada masa hadapan.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content