Orang Kulim, orang Kedah, orang jauh dan dekat, kami nak habaq satu benda ni!

Sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), seluruh masyarakat dijemput hadir memeriahkan karnival yang bakal berlangsung selama empat hari dengan pelbagai pengisian menarik, hiburan dan aktiviti untuk seisi keluarga!

Daripada persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk Awie, Datuk Amy Search, Hazama, Kapak, Raihan, Isyqal Musthofa dan Fareast.

Bukan tu saja, sepanjang karnival, macam-macam lagi hangpa boleh nikmati! Ada Food Fest, Jualan Rahmah, Sukan Rakyat untuk seisi keluarga, Pameran Agensi dan pelbagai aktiviti menarik yang menanti pengunjung!

📅 𝟐𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 – 𝟏 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

📍 𝐒𝐭𝐚𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

Tag dan share terus posting ni dekat kawan-kawan, ahli keluarga, pasangan, jiran tetangga dan orang kampung hangpa! Biar semua tahu, semua pakat mai dan sama-sama kita meriahkan Karnival Jubli Perak MPKK kali ni!

#MajlisPerbandaranKulim#Karnival25TahunJubliPerakMPKK

Skip to content