27 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah mengadakan Mesyuarat Fasilitasi Awal MyMudah bersama Tetuan Fastprint dan Tetuan Asas Masyhur Sdn. Bhd. secara dalam talian melalui Zoom bermula jam 2.30 petang, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Yang Dipertua MPKK.

Sesi ini menghimpunkan wakil agensi teknikal, penyedia utiliti, KTPC, jabatan dalaman MPKK serta pemaju dan perunding bagi menyelaras keperluan pembangunan, mengenal pasti isu teknikal lebih awal dan memudah cara urusan permohonan.

Perbincangan melibatkan cadangan pelaburan Fastprint dari China bernilai RM4.49 bilion dalam bidang semikonduktor, memori dan penyelesaian automasi, serta pelaburan domestik Asas Masyhur bernilai RM140 juta bagi pembangunan tapak dan lot industri baharu.

Walaupun tanpa pertemuan bersemuka, mesyuarat berjaya dilaksanakan dengan baik melalui Zoom. Pendekatan ini memudahkan penglibatan pelbagai pihak, menjimatkan masa dan perjalanan serta membolehkan penyelarasan secara langsung antara agensi, pemaju dan perunding.

MPKK komited memperkukuh fasilitasi awal melalui MyMudah bagi mengurangkan karenah birokrasi dan melancarkan urusan pembangunan dengan memastikan keperluan teknikal serta peraturan terus dipatuhi.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#MyMudah

Skip to content