MBAS LAKSANA KERJA MENGECAT SEMULA PETAK TEMPAT LETAK KERETA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 27 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui pasukan teknikal Unit Tempat Letak Kereta (TLK) telah melaksanakan kerja-kerja mengecat semula petak tempat letak kereta sedia ada di sekitar Lorong Malinja serta mengecat petak khas yang disewa oleh pemilik premis di Pekan Simpang Kuala dan Pekan Cina.
 
Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi memastikan petak tempat letak kereta lebih jelas dan teratur, sekali gus meningkatkan keselesaan pengguna serta melancarkan pengurusan tempat letak kereta di kawasan berkenaan.
 
Pemilik premis yang berminat untuk menyewa petak khas tempat letak kereta boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi http://mbas.petakkhas.com dengan tempoh minimum penyewaan selama tiga bulan.
 
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Tempat Letak Kereta MBAS di talian 04-730 4351 atau hadir ke pejabat urusan di Tingkat 4, UTC Kedah.
 
 
Skip to content