




28-29 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) terus melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan berprestij, iaitu Anugerah Platinum dan Anugerah Emas, sempena Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober 2026 bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC), Selangor.
Persidangan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang bertemakan “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi” ini menjadi platform nasional untuk mengetengahkan inisiatif penambahbaikan penyampaian perkhidmatan, mempercepat proses kerja serta mengurangkan kerenah birokrasi dalam sektor awam.
Kejayaan MPKK adalah menerusi dua projek inovasi berikut:
𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐈𝐍𝐔𝐌
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 (𝐊𝐀𝐁)
Inisiatif oleh Jabatan Kejuruteraan ini berjaya mempercepatkan tempoh pelaksanaan kerja tanah daripada 280 hari kepada hanya 1 hari (24 jam) selepas kelulusan penuh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).
𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐌𝐀𝐒
𝐏𝐀-𝐅𝐀𝐒𝐓 𝟐𝟒: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Inisiatif oleh Jabatan Kawalan Bangunan ini berjaya mempercepatkan proses kelulusan Kebenaran Khas daripada 25 hari kepada hanya 1 hari (24 jam), sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memudah cara pelaksanaan projek pembangunan dan pelaburan berimpak tinggi di daerah Kulim.
Kedua-dua pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan MPKK dalam melaksanakan reformasi pentadbiran, memperkukuh tadbir urus serta mempercepat urusan pembangunan melalui pendekatan yang lebih cekap, inovatif dan responsif terhadap keperluan pelanggan serta pelabur.
Kejayaan ini juga mencerminkan kesungguhan MPKK dalam menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam negara, di samping menjadikan Kulim sebuah daerah yang lebih berdaya saing dan mesra pelabur.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja MPKK serta semua agensi teknikal dan rakan strategik yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kedua-dua inisiatif ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk MPKK terus memperkasa budaya inovasi, meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
MPKK TERUS CEMERLANG, KULIM TERUS GEMILANG!
Kredit Foto : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Klik untuk gambar sekitar program