PEMAKLUMAN
OPS SITA 2026: ELAKKAN TUNGGAKAN, ELAKKAN SITAAN!
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan melaksanakan Operasi Waran Tahanan (Sita Harta Alih) 2026 di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap pemilik premis yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran.
Sehubungan itu, semua pemilik premis diminta untuk menyemak status bayaran cukai taksiran masing-masing dan menjelaskan sebarang tunggakan dengan kadar segera bagi mengelakkan tindakan sitaan harta alih dilaksanakan.
Jangan tunggu sehingga tindakan penguatkuasaan diambil. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai demi memastikan kelancaran pengurusan dan pembangunan perkhidmatan perbandaran.
INGAT! ELAKKAN TUNGGAKAN, ELAKKAN SITAAN!
